Tuesday 3 February 2015

punca rambut gugur

Unknown | 07:20 | Be the first to comment!
Sememangnya normal untuk rambut anda gugur dalam 50 sehingga 100 helai sehari. Tetapi jika setiap kali bangun tidur anda melihat bantal dipenuhi dengan rambut serta segenggam rambut terlekat di sikat setiap kali menyikat, sudah tiba masanya untuk anda mengenali masalah rambut gugur yang dialami. maklumat berikut serba sedikit dapat membantu anda untuk mengetahui punca keguguran rambut.





Punca Rambut Gugur

Berikut adalah antara punca yang menyebabkan rambut gugur berlaku di kalangan lelaki & wanita:
1-Penggunaan bahan kimia yang berlebihan. Bagi mereka yang suka mewarnakan rambutnya dan suka menggunakan bahan kimia untuk meluruskan rambut mereka. Penggunaan bahan kimia akan merosakkan rambut sehingga ke akarnya. Kesannya, rambut gugur terjadi.
2-Perubahan hormon ketika mengandung dan melahirkan anak (untuk wanita). Ramai ibu mengandung dan ibu yang baru melahirkan anak mengalami masalah rambut gugur. Rambur mereka gugur di sebabkan perubahan hormon yang berlaku. Ia juga disebabkan, hormon yang tidak stabil di dalam badan  boleh menyebabkan kepada rambut gugur.
3-Faktor seterusnya adalah genetik. Jika seorang ibu atau bapa mengalami masalah rambut gugur apabila umurnya meningkat, anak perempuan dan lelakinya juga akan alami masalah yang sama.
4-Rambut gugur juga akan berlaku jika wanita/lelaki tersebut mengalami masalah aliran darah tidak lancar. Aliran darah yang tidak lancar di dalam badan boleh menjadi penyebab kepada rambut gugur.
5-Mempunyai masalah angin badan yang serius.
6-Selalu menarik rambut. Ada wanita mempunyai sikap menarik rambut sekuat hati ketika ingin mengikat rambut dan sebagainya.  Sikap sebegini boleh memberi kesan yang tidak baik pada akar rambut anda di mana ia akan jadi lemah dan senang untuk tercabut. Akibatnya, rambut anda akan gugur.
7-Gaya pemakanan yang tidak terkawal sehingga menyebabkan hormon di dalam badan juga boleh menjadi penyebab kepada rambut gugur.







Iqbal & Shahidah,
Founder,
MINS Health & Beauty Enterprise
No Tel (hp) : 018-3140124 / 013-2695028
No Tel (of) : 03-61899663
Email : minshealthandbeauty@yahoo.com
Blog : http://minshealthandbeauty.blogspot.com/
fb : MINS Health & Beauty
ig : minshealthandbeauty


search :
punca rambut gugur, masalah rambut gugur, kenapa rambut gugur, keguguran rambut, gugur rambut, atasi keguguran rambut, rambut gugur, kelemumur, rambut bercabang